Wednesday, 7 January 2015

Roti Goreng


Bahan²:
✔ 6 keping roti (potong nipis spt dlm gmbr)
✔ 1 biji telur
✔ 1 ulas bwg merah } tumbuk
✔ Sedikit kobis } hiris nipis
✔ Garam

Cara²:
Tuang & panaskan sedikit minyak, tumis bwg sekejap. Kemudian pecahkan telur & kacau. Masukkan roti & kobis dan akhir sekali secubit garam. Kacau hingga rata.Siap.. mudah sgt resepi ni. Apa kata anda cuba.

Friday, 2 January 2015

Ikan bilis Goreng Pedas



Bahan²:
Ikan bilis
2@3 biji lada besar }tumbuk
1 biji cili padi }tumbuk
Garam
Gula

Cara Penyediaan:
Goreng ikan bilis dulu, angkat & tos. Tumis bahan yg ditumbuk, masukkan secubit garam dan gula. Campurkan ikan bilis yg digoreng tadi ke dlm periuk. Hidangan siap, mudahkan.

Sambal Tumis Petai


Bahan²:
Petai
Ikan Bilis
2 biji bawang merah*
1 biji bawang putih*
½ biji bawang besar (hiris)
2 sudu besar cili kisar@cili boh
Garam
Sedikit asam jawa
Sedikit air
*Bahan dikisar

Cara²:
Tumis bahan yg dikisar kemudian masukkan cili kisar. Masukkan petai & campur sedikit air. Bila petai agak empuk masukkan ikan bilis & asam jawa. Kemudian masukkan bawang besar & garam secukup rasa. Biarkan seketika & tutup api. Siap....

Selamat mencuba semua !

Keuy Teow Goreng



Bahan²:
1 bungkus Keuy teow
Daun kucai
Ayam (potong kecil)
3 ulas bawang merah } ditumbuk
1 ulas bawang putih } ditumbuk
2 sb lada kisar
1sb sos cili
1 sb sos tiram
3 sb kicap manis kipas udang

Cara²:
Masukkan bhn yg ditumbuk kemudian masukkan cili kisar. masukkan ayam & goreng hingga agak masak & masukkan sos cili & sos tiram. Biarkan seketika & masukkan keuy teow & kicap manis serta daun kucai. Gaul hingga rata. Siap resepi Keoy teow goreng.

*Jangan biarkan terlalu lama atas dapur takut keuy teow jadi lembik.

Nasi Goreng Biasa


Bahan²:
Nasi
Ayam } potong kecil
Fish Ball
Fish Cake
2 ulas bawang merah } ditumbuk
2 biji lada besar} ditumbuk
Kiub ikan bilis
Daun bawang
Garam

Cara²:
Panaskan minyak, masukkan bahan yg ditumbuk kemudian masukkan ayam,fish ball, fish cake. Kacau hingga ayam masak kemudian masukkan garam & kiub seckup rasa. Akhir sekali masukkan nasi & juga daun bawang, kacau hingga nasi rata & tutup api. Hidangan siap.

Jeruk Mangga Asam Boi



Bahan²:
Mangga muda
Asam Boi
Serbuk asam
Cili
Garam
Gula

Cara²:
Potong mangga kecil² kemudian masukkan asam boi & tabur serbuk asam. Potong cili, masukkan garam & gula secukup rasa. Gaulkan kesemua bahan yg di masukkan hingga rata.

Gulai Tempoyak Ikan Tenggiri



Bahan²:
Ikan Patin @ Tenggiri
2 biji terung
2 sb tempoyak
1 batang serai @ daun kesum } ditumbuk
2 biji cili merah
2 bili cili api
1 inci kunyit ( boleh juga guna serbuk kunyit)
Garam

Cara Memasak:
Tumbuk cili merah, cili api & kunyit. Masukkan bhn yg ditumbuk td ke dlm periuk. Campurkan tempoyak ke dlm bhn di tumbuk & gaul hingga rata. Kemudian masukkan air, ikan & serai , letakkan di atas api dapur. Utk kuah lebih pekat boleh tambah lagi tempoyak. Bila ikan agak masak, masukkan terung & garam secukupnya. Biar seketika & tutup api.

Ikan Bawal Masam Manis



Bahan² utk ikan:
Ikan bawal
Garam
Kunyit

Bahan² utk Sos:
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
Sedikit halia(hiris)
½ ulas bawang besar (hiris)
2 sb cili kisar @ cili boh
1 sb sos tomato
1 sb sos ikan
2 sb sos thai
1 sb sos tiram
Garam
Gula
Tomato
1 ulas Lada besar(potong)
Lada benggala
Hiasan: Daun sup
*Bahan dikisar

Cara²:
Peram ikan dgn garam & kunyit. Goreng ikan sehingga garing.
Utk sediakan sos, tumis halia, bahan² kisar kemudian masukkan cili kisar. Kacau hingga naik bau. Masukkan sos tomato, sos ikan, sos tiram & gaul.Tambah sedikit air supaya sos tidak terlalu kering. Kemudian masukkan garam & gula secukup rasa.
Akhir sekali masukkan lada besar, lada benggala, tomato & bawang besar. Gaul rata & siap utk dihidang.

Sotong Goreng Tepung


Bahan²:
✔Sotong
✔Tepung goreng sebaguna/ tepung    goreng ayam(adabi)
✔2 sb tepung gandum
✔2 sb tepung jagung
✔1 sk baking powder
✔serbuk lada hitam
✔1 biji telur

Cara²:
✔Potong sotong bentuk cincin.
✔Campurkn semua tepung,baking powder & serbuk hitam dlm 1 bekas(x perlu cmpur dgn air).
✔Kemudian pecahkan telur & celup sotong dlm telur dulu & kemudian masukkan dlm bhn² tepung td.
✔siap utk digoreng & goreng hingga kekuningan.

Telur Bungkus (Inti udang)


Bahan²:
3 biji telur } pukul
5 ekor udang } kisar
Sedikit kacang panjang } potong nipis
1 biji lada besar } kisar
2 ulas bwg kecil } kisar
1 ulas bwg putih } kisar
3 sb Sos cili
2 sb Sos tomato
1 sb Sos tiram
Garam
Gula

Cara penyediaan :
Tumis bhn kisar (bwg & lada) hingga kekuningan dan masukkan kacang pjg. Tuang sos cili, tomato & sos tiram, kacau seketika. Masukkan garam & gula secukup rasa. Kemudian masukkan udang, kacau hingga udang masak & angkat.
Goreng telur & masukkan bahan yg dimasakkan tadi, bungkus telur.

Thursday, 1 January 2015

Kari Ikan Tongkol


Bahan²:
1 ekor Ikan Tongkol
2 biji terung
3 ulas bwg merah } ditumbuk
2 bwg putih } ditumbuk
1½ sb cili kisar @ serbuk cili
4sb serbuk kari ikan
Santan
Garam
Daun kari
Bahan penumis
Asam keping
Air

Cara²:
Panaskan minyak. Masukkan bhn penumis ,daun kari & bhn yg ditumbuk biar hingga garing. Kemudian masukkan cili kisar dan rempah kari ikan. Biarkan seketika & bila naik bau masukkan air & ikan. Masukkan asam keping sekali. Biar hingga ikan masak & masukkan terung. Akhir sekali masukkan santan & garam secukup rasa. Dah siap....

Selamat mencuba !

Mee Sup



Bahan²:
1 bungkus mee kuning
Utk kuah :
Ayam - potong kecil
Fish ball
Fish Cake
2 ulas bawang putih - ditumbuk
Rempah sup
Sup bunjut

Utk begedil:
Kentang - rebus
Ayam kisar
Sedikit garam
1sb tepung
1 biji telur
Serbuk roti

Utk sambal kicap:
1 biji bwg putih
5 biji cili padi
Kicap kipas udang manis

Cara²:
Rebus air campurkan bwg putih yg telah ditumbuk,masukkan ayam& sup bunjut. Biarkan hingga ayam empuk. Bila ayam dah empuk masukkan rempah sup & sedikit garam.Akhir sekali masukkan fish ball & fish cake.

Utk begedil :
Rebus dulu kentang bila agak empuk lenyek kentang td & gaul dgn ayam kisar dan sedikit garam. Kemudian campurkan tepung. Bentukkan bulat & celup di dalam tepung & serbuk roti. Kemudian baru goreng.

Utk smbal kicap:
Goreng bwg putih & cili padi. Kemudian tumbuk & campurkan dgn kicap manis.

Siap masakan utk hidangan. Mudah & cepat je. Jom try !

Kulat Sisir


Bahan²:
Kulat sisir
Lada besar }tumbuk
Lada kecil } tumbuk
Ikan bilis
Garam

Cara memasak:
Tumbuk lada besar, lada kecil & ikan bilis. Panaskan minyak, masukkan bahan yg ditumbuk kemudian masukkan kulat sisir. Jalan lupa masukkan garam secukup rasa, biar seketika & tutup api.

Resepi yg amat mudah penyediaannya.

Ayam Sweet Spicy



Bahan²:
Ayam } potong kecil
3 sb marjerin
Sos cili
Lada Benggala
1 biji cili merah
1/2 bwg besar
Lada hitam } tumbuk
Cendawan butang }potong kecil
Susu cair
1 sb gula

Cara²:
Goreng ayam dulu separuh masak. Angkat & tos. Panaskan marjerin, masukkan bwg besar, lada benggala & cili merah. Masukkan cili sos, tabur lada hitam kemudian masuk ayam & cendawan. Bubuh gula & kacau hingga sebati. Tuang susu cair dlm 3 sudu besar & kacau hingga agak pekat. Siap utk hidangan.

Puding Lapis Oreo



Bahan²:
10g agar²
750ml air
150g gula
1/2 tin susu cair
3/4 milo
2 sb Koko
Biskut oreo

Cara²:
Masak agar² dgn air. Biarkan hingga agar² larut. Masukkan gula, kacau hingga larut kemudian masukkan susu cair hingga sebati. Bahagi agar² kpd 2 dan 1  bahagian di campur dgn milo & koko, kacau hingga sebati. Bahagi campuran milo kpd 2 acuan. Masukkan 1 bahagian milo ke dlm acuan. Bila dah beku tuangkan adunan putih & tabur biskut oreo atas adunan. Bila dah keras masukkan lebihan milo & biar seketika kemudian masukkan dlm peti sejuk.

Mee Goreng Basah




Bahan²:
1 bungkus mee
2 batang sawi
Ayam } potong kecil
Fish ball
Fish Cake
Lobak

Bahan  kisar:
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

Bahan kuah:
2 sb cili kisar
Sos cili
Kicap Manis
Kicap Pekat
1/2 sb Sos Ikan
1 sb Sos tiram
1/2 sudu tepung jagung } bancuh dgn air

Cara memasak:
1. Panaskan minyak & tumis bahan kisar. Kemudian masukkan cili kisar bila naik bau masukkan ayam, fish ball & fish cake.
2. Masukkan lobak  & batang sawi biar seketika. Masukkan air & kesemua sos serta kicap secukup rasa.
3. Untuk pekatkan kuah, masukkan sedikit demi sedikit tepung jagung & kacau hingga sebati.
4. Akhir sekali masukkan daun sawi.
5. Apabila sedia utk dihidang, gaulkan mee ke dalam kuah tersebut & boleh lah dihidangkan.

SAMBAL TUMIS KENTANG



SAMBAL TUMIS KENTANG

Bahan²:
2@3 biji kentang - potong wedges
Ikan Bilis
2 sb cili kisar
1 sb sos cili
1 sb sos tomato
Garam
Gula

Cara²:
1.Goreng kentang & ikan bilis terlebih dulu, angkat & tos
2. Masukkan cili kisar biar hingga agak masak masukkan kedua² sos.
3. Kemudian masukkan garam & gula secukup rasa.
4. Akhir sekali masukkan kentang & ikan bilis. Kacau hingga sebati. Siap utk dihidang.