Thursday, 14 August 2014
Roti Gulung Ayam
Hari ni tak tau nk masak ape utk mlm so ape kata buat simple menu roti gulung ayam. Hidangan yg paling mudah & cepat utk di sediakan. Jom cuba resepi ni.
Roti Gulung Ayam
Resepi : Mom D'licious
Bahan-bahan :
4 keping roti putih ( lenyet hingga nipis)
Isi ayam @ daging burger
1 ulas bawang putih (Hiris halus)
1/2 ulas bawang besar (Hiris halus)
1 biji lada merah (Potong nipis)
1@2 Kacang panjang (Potong halus)
Lobak merah (potong nipis)
Lada hitam ( ditumbuk) | sy guna serbuk lada hitam
1 biji telur
1 sb serbuk kari
Serbuk roti @ breadcrumps
Garam
Cara memasak:
1. Isi ayam dipotong kecil kemudian perap dgn lada hitam & serbuk kari. Biarkan seketika.
2. Panaskan minyak, masukkan bwg putih & bwg besar kemudian masukkan kacang pjg, lobak & lada besar.
3. Kemudian masukkan isi ayam dan goreng hingga masak isi ayam masak. Kemudian masukkan garam secukup rasa dan inti ayam siap dimasak.
4. Utk menggoreng roti, pecahkan telur & kacau.
5. Masukkan inti ayam ke dlm roti (utk rasa pedas masukkn sos sikit) dan gulung. Kemudian celup roti ke dlm telur & celup ke dlm serbuk roti dan goreng. Agak kekuningan bole angkat. Siap utk dihidangkan.
Labels:
Roti
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment