Thursday, 14 August 2014

Ayam Kicap Simple




Masak lauk yg simple kena la cuba ayam kicap simple. Mmg ambil masa 5-10 minit je penyediaan. Ini favourite masakan gak sbb senang nak sediakan.. ͡💟

Bahan-bahan :

Ayam | dipotong kecil
1 ulas bawang besar | hiris
1 ulas bawang putih | ditumbuk
1 1/2 sb cili kisar
Kicap manis
Serbuk kunyit
Garam
Air

Cara memasak:
Gaulkan ayam dgn serbuk kunyit & garam kemudian goreng. Angkat ayam yg dah digoreng. Masukkan bawang putih & cili kisar biar seketika & kemudian masukkan kicap pekat. Letakkan sedikit air, bila agak pekat masukkan bawang besar kemudian masukkan ayam yg telah digoreng. Gaul seketika dan siap. Sedia utk dihidang.



No comments:

Post a Comment