Sunday, 14 September 2014

Jom minum petang dgn Jemput2

JEMPUT BILIS RANGUP


Petang ni kita minum petang dengan jemput bilis rangup cicah sos dan teh o.. sedapnya. Menu simple ni mmg sedap bila makan waktu petang. Saya selalu goreng jemput ni bila dah malas sgt nk masak yg berat2. Yummy..jom try 

Bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
Garam secubit
Ikan bilis
Air panas

Cara-cara:
Satukan tepung, baking powder, garam & ikan bilis. Kemudian masukkan air panas sedikit demi sedikit sehingga bahan agak melekat sedikit. Jgn terlalu banyak air nanti jadi cair pula. Bahan dah nmpk lekat sedikit panaskan minyak dan goreng. Bila dah kekuningan angkat dan tos. Sedia utk dihidang. Mudahkan.. selamat mencuba

Saturday, 6 September 2014

Pisau Stainless Steel Bercorak (6pcs)







Pisau stainless steel mempunyai corak yg menarik.Ia tidak tumpul dan tahan karat.Pisau ini amat sesuai digunakan oleh wanita-wanita di luar sana yang selalu mengalami masalah pisau tumpul, berkarat dan tidak menarik. 
 Ciri-ciri:
  • ·         Diperbuat daripada stainless steel yang berkualiti tinggi
  • ·         Setiap pisau mempunyai berlainan warna
  • ·         Pisau anti-bakteria
  • ·         Pemegang pisau mempunyai tona warna yang elegant
  • ·         Senang untuk dicuci

Spesifikasi:
Berat:  1 kg
Saiz:    32 x 38 x 5

Set mengandungi:
  • ·         1 x Peeler ( sz. 10cm)
  • ·         1 x Paring Knife ( sz. 9cm )
  • ·         1 x Utility Knife ( sz. 12.5cm )
  • ·         1 x Carving knife ( sz. 20cm )
  • ·         1 x Bread knife ( sz. 20cm )
  • ·         1 x Chef knife ( sz. 20cm )

Tuesday, 2 September 2014

Kentang Rangup Pedas



Kentang rangup pedas ni la jadi favourite husband. Kalau nk masak kena buat banyak baru puas makan. Biasa masak untuk makan dengan nasi, makan dengan roti pun layan gak. Nak cuba, jom tengok resepi.

🍶Bahan- bahan :
    2 biji kentang | Di sagat@ potong nipis
    Ikan billis
    2 sb Cili kisar
    Garam
    Gula

🍲 Cara memasak:
  Panaskan minyak.
  Potong kentang & sagat @ potong nipis & terus goreng dalam kuali. Angkat dan toskan.      Goreng ikan bilis hingga garing & angkat. Masukkan cili kisar campur garam dan gula    secukup rasa. Bila cili agak kering masukkan kentang dan ikan bilis yang dah di goreng  tadi. Gaul hingga rata. Dah siap.